Sunday, April 26, 2009

KEBENARANNYA...............

Oleh kerana posting aku untuk membela diri telah dipadamkan dari board WMC, maka di sini aku tempekkan kenyataan balas aku itu. Malang juga bagi aku sebab posting aku sebelum itu juga telah dipadamkan sejurus selepas kenyataan balas dari aku dipadamkam. Sungguh tak professional langsung...kalau Ann tu dipihak yang betul kenapa takut nak biarkan posting tu disitu? Kenapa harus dipadamkan setelah hanya berapa minit berada diboard?? Heran heran...jadi aku tak akan rasa pelik kalau Ann kata tiada bukti...

Italic - Ayat2 Ann
Bold - jawapan aku

Salam Semua,

Firstly BIG THANK YOU kepada pembuka topik yang saya lihat baru daftar jadi ahli......TETAPI simbolik untuk utarakan isu ini yang seolah fokus untuk sensasi Forum tersebut.


You are most welcome. Nick tu memang baru berdaftar sebagai ahli tetapi saya sendri telah bertahun2 menjadi ahli WMC semenjak sekitar tahun 2004/05 tetapi saya hanyalah pembaca setia yang jarang2 membuat posting. Nick lama tidak boleh digunakan selepas WMC menghadapi masalah teknikal tempohari dan saya tidak boleh log in menggunakan nick lama saya iaitu aslindajamaen owner kepada stitch and such. Dan saya tau Ann tahu siapa saya, maka sebab itu la jawapan Ann panjang lebar untuk posting saya yg Cuma 2-3 ayat itu. Bukan niat saya untuk sensasikan Forum tersebut tapi mintak maaf lah kalau Ann terasa. Orang kata sapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Ntah mana simboliknya saya tak nampak sebab saya Cuma tanya tentang forum baru…itu saja.

Sedap sungguh makan mee yang ada udang nie...

Memang sedap makan mee udang especially mee udang Kuala Sepetang. Udang lebih banyak daripada mee. Itu lah yang saya rasa bila baca jawapan Ann kepada posting saya.

Hingga secara tidak langsung telah popularkan Forum berkenaan....alhamdulillah...dan Terima Kasih untuk S and S.

Walaupun saya BERKEUPAYAAN untuk melakukan hebahan secara meluas di WanitaMelayu.com ini..TETAPI saya respek individu-individu tertentu untuk TIDAK ambil peluang atau kesempatan yang ada.

Malah saya juga TIDAK sesekali mencuri atau menarik ahli WMC bawa masuk kesana...saya ada kudrat dan saya akan usaha cara saya sendiri mencari ahli baru tanpa bergantung harap dengan WMC. Ironinya...ada yang ingin sensasikan forum berkenaan dan secara tidak langsung telah menarik ahli sini untuk kesana...Alhamdulillah dan syukur ke Hadrat Allah swt. Ada insan yang mulia...


Dalam posting saya, tidak ada mention pun pasal Ann nak mencuri atau menarik ahli WMC. Saya cuma mention tentang forum baru yang saya jumpa, Kenapa perlu Ann terasa? Unless memang Ann ada niat sebegitu.

Oleh sebab soalan itu diajukan secara terbuka...maka saya ikhlas disini membuat Akuan dan Pengakuan Ikhlas tanpa ada niat tersembunyi atau tanpa penyamaran.

Saya MENGAKU dan AKUI, Forum Sembang NONA adalah HAK MILIK saya 100%.


Alhamdulillah kalau dah mengaku. Kenapa pula nak sorok-sorok kalau Ann memang berniat baik, Lainlah kalau ada niat disebaliknya.

Suka saya jelaskan disini...apabila forum berkenaan dibuka, BUKAN ertinya WanitaMelayu.com akan ditutup. WMC akan kekal selamanya seperti adanya kerana WMC sudah ada identiti atau imej tersendiri.

Saya pun tak ada tulis apa2 tentang WMC akan ditutup. Mengapa perlu Ann takut pada bayang2 sendiri? Adakan Ann takut saya hebahkan kepada ahli yang Ann telah menawarkan kepada saya untuk membeli WMC pada harga RM300,000 seperti e-mail Ann kepada saya yg saya tempek disini? Dan kalau saya tak beli, Ann akan jual kepadapembeli Cina?

Konsep WMC dan Forum Sana adalah berbeza dan TIDAK akan sama. Forum Baru lebih fokus kepada E-Tutorial Online.

Sebab kenapa saya buka forum berkenaan;


Saya tak tanya pun…………

Saya dah ada peminat sendiri...BUKAN RIAK...rezeki Allah swt berikan...dari buku saya...ramai yang masuk WMC komplen katanya TAK JUMPA saya...macam mana nak jumpa...sebab saya berkorban mewakili semua peniaga WMC...asalnya mencari saya..sebaliknya jumpa peniaga lain......

Hanya orang yg ada perasan sebegitu je yang akan menyebut “SAYA BUKAN RIAK”…

Kemudian mereka dapatkan contact saya dari Utusan Publications dan UPD berikan my contact no. Bila mereka call..saya berikan my blog untuk lebih mudah mereka mencari saya...TETAPI...BLOG adalah terhad...maksudnya bukan konsep mesra alam...atas sebab itu..saya wujudkan forum berkenaan untuk mereka lebih mudah berdiskus bersama saya.
Ini semua tidak relevan kepada posting saya…mengapa harus menceritakan semua ini di sini? Adakah untuk meraih simpati atau sekadar mencari alasan supaya ahli percaya yang Ann betul2 ikhlas dalam membuka forum baru bukan atas dasar wang semata-mata?

Tambahan pula akan menyusul buku kedua dan ketiga saya, maka lebih mudah peminat merujuk kepada saya dalam satu platform.

Selain itu, pembukaan berkenaan juga ibarat buka cawangan kedai...satu di Kelana Jaya dan satu di Alam Damai......adakah salah jika saya ingi kembangkan perniagaan saya...


Saya tak kata salah pun…………

Okey..saya harap penjelasan ini jelas...Jangan dijadikan Isu Polemik atau Persepsi Negatif atau mudah Prasangka kepada "Pn Ann"...nasihat saya..hentikan lahhh sikap persepsi "Sangka Buruk"...bersangka baik adalah lebih dimuliakan Allah swt.

Saya pun ingin nak nasihatkan Ann supaya tidak bersangka buruk juga kerana posting saya tiada menyebut apa2 yang buruk tentang Ann, WMC dan forum baru Ann. Saya Cuma kata saya terjumpa forum baru. Tidak lebih dari tu.

Terima Kasih kepada S and S kerana sudi kemukakan isu ini di Celoteh Umum, tanpa anda ajukan...pastinya ahli tidak akan ketahui...kerana anda juga...Ahli Suri Nona bertambah dan syukur kepada Allah swt diatas kurniaan rezeki.

Ayat ini sepatutnya berada diatas sekali. Dan sepatutnya ayat ini sahaja yg patut Ann tuliskan. Tak perlu berjela2 membela diri untuk apa???

Alhamdulillah...

Alhamdulillah juga kerana jawapan Ann ini telah membuka mata saya kepada sikap sebenar Ann yg suka berdolak dalik. Mujur saya tidak terperangkap dengan tawaran Ann untuk membeli WMC tempohari. Malah sehingga sekarang pertanyaan saya tentang dari mana datangnya pendapatan bulanan/tahunan WMC sedangkan semua plaza telah dijual kepada pemilik plaza dan peniaga membayar sewa kepada pemilik plaza, masih belum Ann jawab.

~Suzana bt Mustafa (Pn Ann) ~


*** Topik ini saya KUNCI, kerana saya anggap ianya lebih fokus kepada isu Pn Ann...Bukannya diskusi umum. Harap Maklum !

Jika Ann dipihak yang benar, Ann tak akan kunci topic ini kerana sebagai seorang professional, posting saya sebelum ini tidak focus pun pada Ann tapi Ann sendiri yang terasa begitu. Tapi posting kali ini memang benar-benar isu Ann.





Aku tak heran kalau username S and S dah kena banned, even kalau IP aku dah kena banned kerana memang aku dah agak dan aku dapat baca, itu tindakan yang akan Ann ambil. Aku dah lama observe dia ni, dia memang pandai memainkan kata2 untuk menampakkan kebaikan dia dan kejahatan orang lain. Dia pandai menggunakan perkataan islamic untuk membela diri dia. Dan kalau dia dah tak ada jalan nak bela diri, diak akan kunci atau padam topic. Last2 dia akan ban username.

Maka sebab itu la ujudnya blog ini dan tajuk blog ini refer kepada Ann...yang selalu membayangkan dirinya pakar dalam segala hal....

1 comment:

  1. huhuhuh.. harap ramai yg tahu pasal ni, risau nanti ada org lain plak yg jd mangsa pn ann ni..

    ReplyDelete