Sunday, April 26, 2009

KENA KUNCI....

..itu yang terjadi kepada topic "JOM..TENGOK FORUM BARU..." yang aku post ke WMC atas nama S and S.

Sewaktu aku google sulam riben, aku terjumpa forum baru SEMBANGNONA...kena register baru boleh tengok. Aku pun register la..aku belek2..banyak thread on seni jahitan. Kebanyakannya oleh Ann. Heran jugak...siapa punya ya???

Itu yang aku post thread "Jom..tengok forum baru"...saja nak tanya ahli WMC kot2 ada sapa yang tau adakah itu Ann punya forum baru.

Aku punya posting pun very general, tapi malangnya telah dipadam oleh owner/mod WMC - so tak dapat lah nak tempek kat sini.

Yang aku ingat cuma aku ajak readers tengok forum baru dan aku tanya adakah Ann owner forum baru tu seab nama Ann merata2 buka thread kat situ adn mod nya pun orang2 WMC...itu aja..tapi apa yang Ann jawab?? Ni aku tempek sini :

Salam Semua,

Firstly BIG THANK YOU kepada pembuka topik yang saya lihat baru daftar jadi ahli......TETAPI simbolik untuk utarakan isu ini yang seolah fokus untuk sensasi Forum tersebut.


Sedap sungguh makan mee yang ada udang nie...

Hingga secara tidak langsung telah popularkan Forum berkenaan....alhamdulillah...dan Terima Kasih untuk S and S.

Walaupun saya BERKEUPAYAAN untuk melakukan hebahan secara meluas di WanitaMelayu.com ini..TETAPI saya respek individu-individu tertentu untuk TIDAK ambil peluang atau kesempatan yang ada.

Malah saya juga TIDAK sesekali mencuri atau menarik ahli WMC bawa masuk kesana...saya ada kudrat dan saya akan usaha cara saya sendiri mencari ahli baru tanpa bergantung harap dengan WMC. Ironinya...ada yang ingin sensasikan forum berkenaan dan secara tidak langsung telah menarik ahli sini untuk kesana...Alhamdulillah dan syukur ke Hadrat Allah swt. Ada insan yang mulia...

Oleh sebab soalan itu diajukan secara terbuka...maka saya ikhlas disini membuat Akuan dan Pengakuan Ikhlas tanpa ada niat tersembunyi atau tanpa penyamaran.

Saya MENGAKU dan AKUI, Forum Sembang NONA adalah HAK MILIK saya 100%.

Suka saya jelaskan disini...apabila forum berkenaan dibuka, BUKAN ertinya WanitaMelayu.com akan ditutup. WMC akan kekal selamanya seperti adanya kerana WMC sudah ada identiti atau imej tersendiri.

Konsep WMC dan Forum Sana adalah berbeza dan TIDAK akan sama. Forum Baru lebih fokus kepada E-Tutorial Online.

Sebab kenapa saya buka forum berkenaan;

Saya dah ada peminat sendiri...BUKAN RIAK...rezeki Allah swt berikan...dari buku saya...ramai yang masuk WMC komplen katanya TAK JUMPA saya...macam mana nak jumpa...sebab saya berkorban mewakili semua peniaga WMC...asalnya mencari saya..sebaliknya jumpa peniaga lain......

Kemudian mereka dapatkan contact saya dari Utusan Publications dan UPD berikan my contact no. Bila mereka call..saya berikan my blog untuk lebih mudah mereka mencari saya...TETAPI...BLOG adalah terhad...maksudnya bukan konsep mesra alam...atas sebab itu..saya wujudkan forum berkenaan untuk mereka lebih mudah berdiskus bersama saya.

Tambahan pula akan menyusul buku kedua dan ketiga saya, maka lebih mudah peminat merujuk kepada saya dalam satu platform.

Selain itu, pembukaan berkenaan juga ibarat buka cawangan kedai...satu di Kelana Jaya dan satu di Alam Damai......adakah salah jika saya ingi kembangkan perniagaan saya...

Okey..saya harap penjelasan ini jelas...Jangan dijadikan Isu Polemik atau Persepsi Negatif atau mudah Prasangka kepada "Pn Ann"...nasihat saya..hentikan lahhh sikap persepsi "Sangka Buruk"...bersangka baik adalah lebih dimuliakan Allah swt.

Terima Kasih kepada S and S kerana sudi kemukakan isu ini di Celoteh Umum, tanpa anda ajukan...pastinya ahli tidak akan ketahui...kerana anda juga...Ahli Suri Nona bertambah dan syukur kepada Allah swt diatas kurniaan rezeki.

Alhamdulillah...

~Suzana bt Mustafa (Pn Ann) ~

*** Topik ini saya KUNCI, kerana saya anggap ianya lebih fokus kepada isu Pn Ann...Bukannya diskusi umum. Harap Maklum !


Bila aku tengok repy yang berjela2 dari Ann selepas 2-3 hari aku tak masuk WMC, terus aku tertanya2 kenapa harus Ann buat kenyataan begini? Adakah dia takut rahsia dia nak menjual WMC terbongkar???

Sebenarnya aku tak ada niat yg buruk bila aku post thread "jom tengok forum baru" tu tapi bila dapat jawapan macam tu dari Ann, aku mula terfikir..adakah offer Ann nak jual WMC kepada aku tu ikhlas atau satu cubaan untuk mendapatkan untung besar sebelum memulakan perniagaan baru.

Sebab aku tau dari perkiraan aku Ann telah rugi untuk jangkan panjang dengan MWC kerana dia tidak dapat menjana pendapatan bulanan yg besar melainkan daripada plaza yg dia punya. Sewa bulanan kedai semua pergi direct le owner plaza. Sedangkan maintenance WMC, Ann yg kena tanggung. Dalam penjualan plaza, owner hanya dikenakan lump sum payment, tiada maintenance fee.

Lu fikirla sendiri!

1 comment: