Sunday, April 26, 2009

KISAH BERMULA.....





....apabila aku menghantar e-mail kepada Ann untuk bertanyakan availability dan harga plaza untuk dibeli. Ann telah membalas e-mail aku menyatakan masih ada plaza untuk dijual dengan harga RM7,000.

Teruja juga aku sebab masa mula2 konsep plaza dibuka Ann kata plaza limited kepada 20 buah sahaja dan berharga RM5,000. Oh..dah naik harga agaknya...tak per la.

Aku balas e-mail Ann tanpa confirm apa2 sebab nak bincang2 dulu dgn husband. Ann pun cuma kata kalau confirm contact dia balik. Aku tak der contact dia selepas itu sebab hubby kurang setuju dengan plan aku.

Tak sangka pulak tak lama selepas itu aku dapat e-mail dari Ann yg menawarkan aku membeli WMC.

Terkejut beruk aku dengan tawaran itu kerana setahu aku Ann selalu membuat kenyataan yang hidup matinya hanya untuk WMC. Mungkin dia ada masalah agaknya....

Aku berbincang dengan suami dan membuat keputusan untuk bertanya lebih lanjut sebelum membuat apa2 persetujuan.

Aku balas e-mail Ann dengan beberapa soalan seperti :

1. Dimana datangnya pendapatan bulanan, tahunan dan deposit seperti yg dinyatakan didalam e-mail nya sedangkan setahu aku semua pendapatan sewa dibayar terus kepada pemilik plaza

2. Berapa jumlah perbelanjaan untuk "maintenance" WMC...

kerana aku perlu membuat perkiraan seperti unjuran kewangan, Net Present Value (NPV), IRR (Inetrnal Rateof Return), belanjawan dan macam2 lagi perkiraan kewangan. Almaklumla RM300,000 bukan jumlah yang sedikit. Aku tidak mahu melaburkan wang tanpa jaminan pulangan yang positif. Mana2 peniaga pun tentu berpendapat yang sama kan?

Tetapi tiada jawapan aku terima dari Ann sehinggalah masa seminggu yang Ann berikan untuk aku membuat keputusan berlalu.

7 comments:

  1. woww RM300K, kayalah si ann tu nanti.Boleh makan angin London, China lagi nanti

    ReplyDelete
  2. tak makan angin le, tp bukak forum baru lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  3. Dia ni insecure sebenarnya.sentiasa takut dengan bayang2 sendiri.Kalau ada sesiapa yang against dia, sure kena.....tapi dia kenakan orang tanpa usul siasat boleh, kalau kita kenakan dia balik, pandai2 nanti dia tukar topic atau 'dolak dalik'

    ReplyDelete
  4. bukak forum baru lagi, kemudian kutip duit lagi, kayo!kayo!

    ReplyDelete
  5. Tak baiklah u all ni kutuk si ann. Dia tu baik tauuuu. Pembela nasib wanita Melayu tau hahahaha

    ReplyDelete
  6. Nona ni sama nama je dengan admin sembangnona.........

    ReplyDelete
  7. btw, hati-hati la..300k tu bukan jumlah yang sedikit tambahan lagi melibatkan perniagaan di alam maya..300k tu kalau kita bukak petrol station pon dah lepas uu..so, renung2kan la..

    ReplyDelete